Jumaat, 18 Mei 2012

Selamat Hari Guru

>>>Selamat Hari Guru<<<

“Kami bangga menjadi guru
Kerjaya di hormati
Tidak jemu menimba ilmu
Bakti setulus hati dan budi”

            Petikan lirik lagu IPG Malaysia penyuntik semangat kepada warga pendidik untuk berkhidmat kepada masyarakat, agama dan Negara, seringkali terngiang-ngiang di telinga.  Mulianya seorang guru yng berjuang untuk mendidik, mengajar dan mentarbiah anak bangsa agar menjadi orang yang berilmu pengetahuan dan berguna di masa hadapan. Sepertimana kata-kata yang mengungkapkan “ Jika kita bercita-cita menjadi jutawan di dunia, guru bukanlah jalannya kerana 74% jutawan di dunia ini adalah ahli perniagaan. Jika bercita-cita menjadi seorang yang berkuasa, guru bukan medannya. Jika bercita-cita menjadi jutawan di akhirat, jadilah seorang guru kerana jalannya terbentang luas”.  Jelaslah di sini yang mana dari seorang guru biasa bakal melahirkan generasi  yang luar biasa. Besarnya pengorbanan dan jasa guru dalam profesion perguruan  untuk merealisasikan matlamat Negara.

            Guru ibarat lilin, membakar diri untuk menerangi orang lain. Inilah perbandingan yang kerap kita dengar. Perbandingan ini menyarankan guru “memusnahkan” diri sendiri demi kepentingan pihak lain. Tegasnya, Perbandingan ini menggambarkan kehebatan “pengorbanan”  seorang guru.  Namun kini,“Guru ibarat bulan, menerima dan memberi cahaya lebih tepat digunakan. Guru sejati mesti terus menimba ilmu dan berterusan mencurahkan ilmu tanpa jemu”.  Sepertimana hakikat kejadian yang Maha Pencipta bulan purnama yang memang bercahaya. Jadi, apabila kita memilih bulan purnama, cahaya sudah ada. Cahaya itu dibalikkan daripada suria. Bulan menerima cahaya daripada suria, dan memancarkan cahaya itu kepada bumi dan manusia sejagat.
           
Hanya orang yang tidak tahu menilai profesion perguruan sahaja yang berkata kerja guru mudah, malahan kerja cikgu ni bukannya mudah seperti yang di gembar gemburkan kerana jika kita berfikir kembali sewaktu pertandingan bola, cikgu yang menjadi Referee. Sewaktu pelajar mahu bertanding apa-apa acara, cikgu yang menjadi Jurulatih. Sewaktu aktiviti Kemahiran Hidup, cikgu  yang menjadi Petani. Sewaktu kutip yuran sekolah, cikgu yang menjadi  Akauntan. Sewaktu memberi RMT (rancangan makanan tambahan),  cikgu yang menjadi Pelayan. Sewktu budak sakit, cikgu yang menjadi Doktor. Sewaktu aktiviti ceramah, cikgu yang menjadi Motivator. Sewaktu hias kelas, cikgu ynag menjadi Pelukis seni. Sewaktu persembahan hari guru,cikgu yang menjadi Komposer. Sewaktu membaiki kerusi rosak, cikgu yang menjadi Tukang kayu. Sewaktu budak muntah atau buang air di dlm kelas. Cikgu yang  menjadi Tukang cuci.. Sewaktu budak mencuri, cikgu yang menjadi Detektif. Sewaktu budak membuat persembahan,  cikgu yang  menjadi Photographer.  Sewaktu perkhemahan, cikgu yang menjadi Tentera. Sewaktu hari kantin sekolah, cikgu yang menjadi Peniaga pasar malam. Sewaktu hari Guru,  cikgu yang menjadi Penyanyi. Sewaktu gotong- royong sekola,  cikgu yang menjadi  Tukang kebun.  Sewaktu masuk waktu solat, cikgu yang menjadi Tok imam. Sewaktu  ibu bapa pelajar yang  ambil lambat, cikgu yang menjadi Baby sitter. Sewaktu  budak bergaduh,  cikgu yang menjadi Hakim mahkamah.  Sewaktu pelajar  sakit kecemasan, cikgu  yang menjadi Pemandu ambulans. Sewaktu merentas desa. cikgu yang  menjadi Polis trafik. Sewaktu pelajar sedih,  cikgu yang menjadi pelawak. Secara tidak langsung guru banyak memainkan peranan di sekolah dan bukan hanya sekadar masuk kelas dan mengajar sahaja.

            Wajarlah dikatakan profesion perguruan ini sangat mulia dari pelbagai sudut dan aspek kehidupan. Sehubungan dengan itu, sambutan Hari Guru, penghargaan dan penghormatan buat guru akan tetap dikenang hingga ke akhir hayat.  Jasa dan pengorbanan yang dicurahkan amatlah berharga untuk membentuk generasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Gurulah segalanya yang bakal mencorak pelajar dan melenturnya ke arah kebenaran dan kebaikn demi masa depn yng cerah dan sempurna.

 @@@Selamat Hari Guru Kepada Semua@@@ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan