Sabtu, 9 Jun 2012

Dedikasi Buat Sahabat-Sahabat jqaf 2011

9/6/2011. Majlis Perpisahan pelajar KPLI j-QAF 2011, di surau An-nur Ipg Gaya, Kota Kinabalu, Sabah

Bismillahirrahmanirrahim....
Memandangkan semua orang dah lapar, tak dptlah nk trskan hjt utk berucap, jadi dikesempatan ini sy coretkan sebuah dedikasi khas buat sahabat-sahabat semua buat peringatan untuk diri sendiri dan peringatan bersama, InsyaAllah.

Pertama: Tajdidkan niat kita semua Lillahi ta'ala..bukan sekadar utk mndpt gj yg tggi, utk kebanggaan atau menunjuk-nunjuk. Niat yang baik dengan tulus dan ikhlas akan sentiasa dibantu Allah dlm mengharungi kehidupan yang penuh pancaroba, Bi Iznillah 

Kedua: nk ckp pasal penampilan seorg ustaz dan ustazah. Jglah pnmpilan diri kita walau di mn kita berada. Tidak semestinya perlu bertudung labuh atau berkopiah kerana iman seseorg itu bukanlah diukur dr labuhnya tudung seseorg itu atau kerap berkopiah, namun pnmpln luaran itu boleh mencerminkan keperibadian dlmn seseorang malahan menjadi benteng buat kita dari melakukan perkara-perkara yg tidak baik.Betul X??? Sama2lah kita mnjd seorg yg soleh dan solehah yerr. Ameeen

Ketiga: khairunnas anfa'ahum linnas iaitu sebaik-baik manusia ialah yang dapat memberi manfaat pada orang lain. Di mana sahaja kita dicampakkan, jadilah kita seperti biji benih yg subur yg blh mengeluarkan hasil yang bermanfaat. Kelak kita pasti disanjungi dan dikenang sampai bila-bila.Kutiplah mutiara-mutiara hikmah yang ada di sini. La Yukallifullahu nafsan illa wus'aha, Allah tidak akan membebani hambanya melainkan sesuai dengan kemampuan hambanya. Yakinlah pada diri yang anda semua boleh menempuhinya. Takbir!!!

Keempat: Bila berhadapan dengan masyarakat kita akan dihujani pelbagai fikrah dan persoalan, namun carilah titik persamaannya dan bukan titik perbezaan yang hanya kan mendatangkan perbalahan dan pergaduhan yang akhirnya mendatangkan kemudharatan pada diri sendiri. Hormat- menghormati pandangan orang lain selagi mn tdk bertentangan dengan syariat Islam itu sangat perlu. Ustaz Ustazah, Bangkitlah berganding bahu, besatu hati dalam meneruskan perjuangan Baginda kita Nabi Muhammmad S.A.W dlm menyampaikan dakwah Islamiyah. Islam Pasti Maju jika Umat Islam bersatu.

Kelima: Saya selaku candidate kpli j-qaf (BA) 2011, memohon ampun dan maaf andai pernah mengguris hati mn2 pihak. Jutaan terima kasih diucpkan kpd shbt2 seperjuangn semua selama kita di sini, tanpa kalian semua, mungkin saya tak kuat utk mnrskan perjuangan ini. Jazakallhu khairan Jaza', InsyaAllahul Jannah.

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan dan kedhaifan diri saya sendiri, Wallahu Ta'ala A'lam.


Jumaat, 18 Mei 2012

Selamat Hari Guru

>>>Selamat Hari Guru<<<

“Kami bangga menjadi guru
Kerjaya di hormati
Tidak jemu menimba ilmu
Bakti setulus hati dan budi”

            Petikan lirik lagu IPG Malaysia penyuntik semangat kepada warga pendidik untuk berkhidmat kepada masyarakat, agama dan Negara, seringkali terngiang-ngiang di telinga.  Mulianya seorang guru yng berjuang untuk mendidik, mengajar dan mentarbiah anak bangsa agar menjadi orang yang berilmu pengetahuan dan berguna di masa hadapan. Sepertimana kata-kata yang mengungkapkan “ Jika kita bercita-cita menjadi jutawan di dunia, guru bukanlah jalannya kerana 74% jutawan di dunia ini adalah ahli perniagaan. Jika bercita-cita menjadi seorang yang berkuasa, guru bukan medannya. Jika bercita-cita menjadi jutawan di akhirat, jadilah seorang guru kerana jalannya terbentang luas”.  Jelaslah di sini yang mana dari seorang guru biasa bakal melahirkan generasi  yang luar biasa. Besarnya pengorbanan dan jasa guru dalam profesion perguruan  untuk merealisasikan matlamat Negara.

            Guru ibarat lilin, membakar diri untuk menerangi orang lain. Inilah perbandingan yang kerap kita dengar. Perbandingan ini menyarankan guru “memusnahkan” diri sendiri demi kepentingan pihak lain. Tegasnya, Perbandingan ini menggambarkan kehebatan “pengorbanan”  seorang guru.  Namun kini,“Guru ibarat bulan, menerima dan memberi cahaya lebih tepat digunakan. Guru sejati mesti terus menimba ilmu dan berterusan mencurahkan ilmu tanpa jemu”.  Sepertimana hakikat kejadian yang Maha Pencipta bulan purnama yang memang bercahaya. Jadi, apabila kita memilih bulan purnama, cahaya sudah ada. Cahaya itu dibalikkan daripada suria. Bulan menerima cahaya daripada suria, dan memancarkan cahaya itu kepada bumi dan manusia sejagat.
           
Hanya orang yang tidak tahu menilai profesion perguruan sahaja yang berkata kerja guru mudah, malahan kerja cikgu ni bukannya mudah seperti yang di gembar gemburkan kerana jika kita berfikir kembali sewaktu pertandingan bola, cikgu yang menjadi Referee. Sewaktu pelajar mahu bertanding apa-apa acara, cikgu yang menjadi Jurulatih. Sewaktu aktiviti Kemahiran Hidup, cikgu  yang menjadi Petani. Sewaktu kutip yuran sekolah, cikgu yang menjadi  Akauntan. Sewaktu memberi RMT (rancangan makanan tambahan),  cikgu yang menjadi Pelayan. Sewktu budak sakit, cikgu yang menjadi Doktor. Sewaktu aktiviti ceramah, cikgu yang menjadi Motivator. Sewaktu hias kelas, cikgu ynag menjadi Pelukis seni. Sewaktu persembahan hari guru,cikgu yang menjadi Komposer. Sewaktu membaiki kerusi rosak, cikgu yang menjadi Tukang kayu. Sewaktu budak muntah atau buang air di dlm kelas. Cikgu yang  menjadi Tukang cuci.. Sewaktu budak mencuri, cikgu yang menjadi Detektif. Sewaktu budak membuat persembahan,  cikgu yang  menjadi Photographer.  Sewaktu perkhemahan, cikgu yang menjadi Tentera. Sewaktu hari kantin sekolah, cikgu yang menjadi Peniaga pasar malam. Sewaktu hari Guru,  cikgu yang menjadi Penyanyi. Sewaktu gotong- royong sekola,  cikgu yang menjadi  Tukang kebun.  Sewaktu masuk waktu solat, cikgu yang menjadi Tok imam. Sewaktu  ibu bapa pelajar yang  ambil lambat, cikgu yang menjadi Baby sitter. Sewaktu  budak bergaduh,  cikgu yang menjadi Hakim mahkamah.  Sewaktu pelajar  sakit kecemasan, cikgu  yang menjadi Pemandu ambulans. Sewaktu merentas desa. cikgu yang  menjadi Polis trafik. Sewaktu pelajar sedih,  cikgu yang menjadi pelawak. Secara tidak langsung guru banyak memainkan peranan di sekolah dan bukan hanya sekadar masuk kelas dan mengajar sahaja.

            Wajarlah dikatakan profesion perguruan ini sangat mulia dari pelbagai sudut dan aspek kehidupan. Sehubungan dengan itu, sambutan Hari Guru, penghargaan dan penghormatan buat guru akan tetap dikenang hingga ke akhir hayat.  Jasa dan pengorbanan yang dicurahkan amatlah berharga untuk membentuk generasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Gurulah segalanya yang bakal mencorak pelajar dan melenturnya ke arah kebenaran dan kebaikn demi masa depn yng cerah dan sempurna.

 @@@Selamat Hari Guru Kepada Semua@@@ 

Rabu, 9 Mei 2012

~Bermain Dengan Angka~


BERMAIN DENGAN ANGKA

Ø  Tuliskan nombor rumah anda

Ø  Kemudian darabkan nombor tersebut dengan angka 2

Ø  Selepas itu campurkan jawapan yang didapati daripada hasil darab tadi dengan angka lima

Ø  Darabkan pula hasil campuran itu dengan angka 50

Ø  Cuba campurkan jumlah yang didapati daripada kiraan tadi dengan umur anda

Ø  Kemudian tolakkan isi yang didapati tadi dengan 250

Ø  Cuba perhatikan betul-betul jawapan yang anda dapati itu. Anda akan mendapati bahawa 2

Ø  nombor di sebelah kanan adalah umur dan 2 nombor di sebelah kirin nombor rumah anda


~Selamat Mencuba~

Sabtu, 5 Mei 2012

Motivasi Minda

 

Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
"Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; 
"Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;  "Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".
(Al-Quran; Al-Ikhlaas : 1-4)

MOTIVASI DIRI

1.         Hari ini saya bertekad untuk bahagia. Ini akan saya buktikan melalui keikhlasan hati. "Sesungguhnya kebanyakan orang berbahagia bila mereka menghendaki kebahagiaan dalam fikirannya". Kebahagiaan berasal dari dalam diri manusia itu sendiri dan bukan dari luar.

2.         Hari ini saya mahu menyesuaikan diri dengan kenyataan yang ada dan tidak menuruti kemahuan saya sewenang-wenangnya. Saya akan menyesuaikan diri saya dengan keluarga saya, pekerjaan saya serta tanggungjawab yang diamanah kepada saya.

3.         Hari ini saya mahu memelihara badan saya sebaik-baiknya, saya akan merawatnya, menjaganya, mengembangkannya dan tidak mahu menyalahgunakan atau melalaikan diri saya dari Tuhan Yang Maha Esa sehingga badan saya menjadi 'Mesin' yang sempurna untuk membahagiakan hidup saya.

4.         Hari ini saya mahu memperkuatkan fikiran saya. Saya akan mempelajari sesuatu yang berguna. Saya tidak akan menjadi orang yang berjiwa lemah. Saya akan membaca sesuatu yang memerlukan usaha, fikiran dan tumpuan.

5.         Hari ini saya mahu melatih jiwa saya dengan tiga cara. Saya akan berbuat baik, tidak berperasangka buruk serta mencari kekurangan-kekurangan orang lain.

6.         Hari ini saya mahu bersikap wajar. Saya akan bertingkah-laku seperti yang sepatutnya. Saya akan bersiap secepat mungkin dan serapi-rapinya. Saya akan bertutur secara perlahan-lahan, berindak sopan dan bersikap rendah diri. Saya tidak akan mengkritik atau mencari kesalahan-kesalahan orang lain.

7.         Hari ini saya tidak mahu hidup untuk hari ini sahaja. Saya tidak akan mengatasi dan menyelesaikan semua masalah sekaligus. Hal-hal yang boleh saya selesaikan selama dua belas jam ini, akan saya selesaikan semuanya, sebab kalau saya terus biarkan, akibatnya sungguh mengerikan sekali.

8.         Hari ini saya mahu membuat rancangan. Setiap apa yang saya lakukan pada setiap waktu, saya catatkan di atas kertas. Saya tidak mungkin akan mengikut rancangan tersebut seperti yang telah tertulis , tapi hakikatnya saya memiliki rancangan tersebut. Dengan rancangan ini, dua perkara yang boleh saya hindari, yakni terburu dan tidak bertujuan.

9.         Hari ini dan seterusnya saya mahu meluangkan masa untuk lima waktu yang wajib, dan setengah jam untuk beristirehat, antara lain saya akan memikirkan tentang Tuhan iaitu Allah Yang Maha Esa berpandukan Al Quran dan Hadis, untuk mendapat gambaran yang lebih jelas mengenai makna hidup saya.

10.        Hari ini saya tidak mahu berasa takut, terutama tidak mahu takut untuk bahagia, untuk menikmati yang indah, untuk mencintai dan meyakini bahawa yang saya cintai itu juga akan mencintai saya.


Bila kita ingin mengembangkan sikap mental kita sehingga mendapatkan kedamaian dan kebahagiaan , gunakanlah petunjuk no. 1 ini iaitu:
Berfikir dan bertindaklah dengan rasa senang yakni bukan kerana paksaan, sebab dengan demikian anda akan berasa aman, damai, tenteram dan di restui Tuhan. Insyaallah.

                                                                                                           





Jumaat, 27 April 2012

Suka Duka Praktikum

Alhamdulilah...Alhamdulillah...Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat ilahi, akhirnya sempurnalah tempoh Praktikum di SK Merpati Sandakan. Bermula dr penyeliaan guru pembimbing, pensyarah pembimbing dan akhirnya telah dicalonkan dan selamat direntas hari ini yang menutup tirai praktikumku ini. Sesi rentasan yang agak menarik bersama Ketua Jabatan HEP IPG Kampus Gaya iaitu En.Ibrahim bin Ismail. Sesi perbincangan dan soal jawab yang sangat-sangat bermanfaat buat diriku yang masih belajar dan terus belajar. Namun begitu aku merasakan kata-kata yang diberikan seperti seorang ayah kepada anaknya, syukran Ya Rabb kerana hadirkan kpdku seorg yg blh ku anggap ayah, sedikit sebanyak terubat rindu pada Abah nun jauh di Semenanjung.

Segala suka duka yang ku lalui bermula dari penyediaan Rancangan Pengajaraan Harian(RPH),Fail Portfolio Praktikum, Bahan Bantu Mengajar dan Persediaan Fizikal dan Mental akhirnya dapat ku tempuhi dengan jayanya. Ditambahnya lagi tugasan-tugasan di sekolah yang perlu dilaksanakan segala taklifan-taklifan yang ku kira menguji kesabaran fizikal dan Mental, namun dapat jua ku tempuhinya dengan tenang dan sabar, hanya Tuhan sahaja yang tahu. Jatuh bangunku, jerit perih,titisan airmata serta dugaan dan ujian dariMu ini cukup Mentarbiah diri ini yang sering kali alpa dan leka.

 Allah sebaik-baik tempat memohon dan mengadu, namun suka bagiku untuk berkongsi sesuatu yang ku kira dapat memberi manfaat buat semua. Sebaik-baik manusia adalah yang dapat memberi manfaat kepada orang lain.  Sepanjang Praktikum ini, banyak yang telah ku pelajari antaranya cara menjiwai kehendak dan keperluan murid-murid dengan penuh kesabaran, keikhlasan, kasih sayang, ketegasan dan bukan kekerasan, keprihatinan, kepekaan dan kebijaksanaan dalam mengurus dan menangani segala masalah yan timbul.

Hasil perbincangan dengan KJ akhirnya adalah beberapa benda baru yang aku pelajari antaranya:-

1. Bagaimana menguruskan masa P&P yang mana ada 2 aspek yang perlu dibahagikan iaitu Fokus Utama    (set induksi, langkah2 dan penutup)dan Fokus Sampingan (Aktiviti dan Pengayaan).

2. Aktiviti Pengayaan ada 2 jenis iaitu Progresif bagi murid yang A dan Vertical@Menegak bagi murid yang A++( genius)

3. Penilaian murid mestilah 30% kefahaman, 30% Penyelesaian, 30% Penghayatan, dan 10% Kreativiti dan Inovatif. Bagi murid pemulihan aras mereka hanya stage pertama dan kedua sahaja tak perlu sampai Penghayatan dan seterusnya.

4. Murid Pemulihan perlu ditekan perkara yang basic sahaja iaitu 3M dan objektif ujian perlulah sesuai dan mengikut arasnya sahaja tidak boleh melebihi kemampuan dan kebolehan murid. Jika perkara basic tercapai, itulah kejayaan bagi seorg guru.

5. Teruskan usaha dalam penyediaan portfolio sepanjang berkhidmat agar bukti dan rujukan kita buat masa hadapan. Siap bg idea utk buat MA tesis keberkesanan Portfolio j-qaf lagi tue, bolehlah siapa2 yang nak buat kajian yerr. Bila ada bukti, tiada siapa yang mampu mempertikaikannya lagi, betul x? fikir2kan.

Antara pesanan yang diberikan, jangan lupa solat tahajud, solat dhuha, doa pada Allah untuk Jodoh terbaik, Sentiasa Kreatif dan Inovatif  dalam melakukan sesuatu perkara demi kecemerlangan anak-anak didik.

Cukup sampai di sini sahaja perkongsian saya buat tatapan semua. Semoga dengan usaha yang secebis ini dapat membantu rakan-rakan dan memperolehi manfaat bersama, InsyaAllah.

Fuhhhhhhhhhhh

fuhh..fuhh.. bersawang sudah blogku ini, lama menyepi kini kembali. Dengan tiupan semangat baru, smg sentiasa diberi kekuatan untuk berjihad pena. Teruskan misi  
"MENULIS BUKAN UNTUK MEMBERI TAHU, TETAPI BERUSAHA MENCETUS MAHU, AGAR BERGERAK MENJADI MAMPU,BUKANLAH SEKADAR MENGUMPUL PENGETAHUAN, TETAPI KEUPAYAAN MEMBUKA JALAN... KEMBARA INSAN MENCARI TUHAN."