Khamis, 17 Jun 2010

Bicara Dari Hati ke Hati


Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran di rafa'kan kehadrat ilahi kerana msh lg diberi peluang merasai nikmat yg Allah sediakan ini. Pengembaraan ke Syria bermula pada 11hb jun dan berakhir pd pg 15hb.

Pada mulanya, tak terfikir pun nak join pengembaraan nie bersama adk2 junior nmn akhirnya terbuka juga hati nie nk join sekali coz fikir memudahkan kerja n pengurusan yg dah confirm ada org nk bwk jln2 n shopping di Syria sblm plg ke Tanah Air. Kekangan ms sgt padat dgn prgrm, ursn dan sebagainya. Mlm seblm bertolak dengan mesyuarat Ahli Majlis Mesyuarat MMY yg hbs agk lambat coz mesyuarat terakhir bagi sesi pimpinan 09/10, namun hmdllh dapat tamat dgn sempurna.

Entry kali nie nk kongsi ngan sahabat2 dan teman2 kenangan yg mmg tak boleh nak lupa iaitu kes kehilangan dompet duit di dalam Masjid Umawi Halab dan di depan maqam Nabi Zakaria. Waktu tue saya menuju keseorgn menuju ke maqam yg mn yg len dah sudah melawatnya dan niat juga utk mencr 2 org sahabat saya yg tersesat di Suk Halab tue, namun Allah punya kuasa yg mnjadikan sesuatu tue, tengah leka dan asyik melihat maqam, berlakulah kejadian yg tak diingini yg mn ketika sy membuka beg utk keluarkan kamera dan ats kecuaian yg terlupa utk menutupnya dgn rapat lalu hilanglah dompet duit saya yg berada dlm beg tue. Pada mulanya ada makcik arab yg mengendong anknya dan seorg lg anknya disisi tlh menegur beg sy yg terbuka, dan pada ms itulah sedar yg dompet dah hilang. Dgn perasaan seram sejuk x tahu nak buat apa, lalu cuba utk menggeledah beg m.cik tue, tp akhirnya x smpi hati pula tgk dia ngan ank2nya tue.Tgh dlm kekalutan mencari bantuan p.cik2 arb , lupa nk cm muka org kat sekeliling tue, tp yg perasan nye, m.cik yg menggedong ank tue dah x de di sekitar itu.

Ush seterusnya mencari pegawai keselamatan masjid yg berada berdekatan dengan maqam, bila disiasat mmg tak blh nak wat pe, dan pada ms tue lah dompet ditemui kembali oleh seorg p.cik arab dengan keadaan dompet yg terbuka di hadapan maqam itu juga. Hanya kad pelajar dan kad bank yg terselamat nmn syukur sgtlah kerana msh ada yg berharga.

Selang beberapa minit kemudian, saya pun melangkah keluar ke perkarangan masjid dengan hati dan tubuh yg longlai tak bermaya, sebak rasanya bila mengenangkan di tempat yg baik benda nie berlaku, dan umt islam jugalah yg lakukan ini, bagaimanalah islam nak maju klu umatnya msh mengamalkan sikap jahiliyah ini. Namun disebalik apa yg berlaku, Allah nk tunjukkan kasih sayang sahabat2 dan teman2 yg membantu dan sama2 merasai dan bersimpati dgn nsb sy ni. Hamdulillah perjuangan dapat ditrskan dgn hati yg tenang.Kata2 Abah " kejahatan tue ada je di mana2 x kira tempat, sebab itulah Allah jadikan adanya neraka dan syurga, cuma kecuaian diri yg tak dapat nak dielak" nmn Mak yg agk tenang hanya mampu mendiamkan diri memikirkan ada hikmahlah tu di sebalik apa yg berlaku
.
Di kesempatan ni nk ucapkan ribuan kemaafan dan ucapan alfu syukran kepada ustaz shah yg mncr inisiatif utk membantu dan meredakan sy ketika itu,bagaikan seorg ayah yg sedang memujuk anknya, ust. azmir,ust daud, ust rozaimi, humi, fiza, fad, nafeesa, aqilah, mekyah, miza, nadiha, mashita, maimun, nathirah, muna, fara, asmaq, fatimah razali, fatimah azzahrah, atiqah ali , atikah ruslan, wahida, jue, izzati razak, izzati jamaludin, saerah, nudra, aida dan huda kerana byk beri semangat kat saya dan membantu sy, besar ganjarannya di sisi Allah dan hanya Allah yg dpt membalas dgn setimpalnya. Smg ukhuwwah yg dibina kekal sampai ke syurga.

Jazaka, jazaka,jazakallahu khoiran,
Walaka, walana, InsyaAllahuljannah



Khamis, 22 April 2010

Menghargai Dan Dihargai

Setiap insan suka apabila diri dihargai namun tak ramai yang suka menghargai sesuatu perkara. Inilah sifat manusia yang kadangkala ketika senang, lupa pada Allah dan ketika susah, mencari-cari sinar ilahi. Tidakkah sepatutnya kita bersyukur dengan apa yg diterima? fikir-fikirkanlah.

Perasaan dihargai dan menghargai akan timbul apabila sesorg itu memberi atau berbuat baik kpd org lain, namun adkah org yg tdk memberi itu tiada hak utk dihargai? Saya rasakan bhwsanya org yg tdk memberi itu sebenarnya walaupun tidak secara zahirnya namun lahiriahnya tetap ada. Mungkin ada faktor2 lain yg menghalang utk seseorg itu memberi. Dalam situasi menghargai pula, pelbagai cara yg digunakan samada ditonjolkan mahupun tidak ditonjolkan. Hati dan perasaan itu hanya Allah sahaja yang tahu. Kadangkala dalam setiap doanya sentiasa terselit sekelumit bahagia dihargai dan menghargai sesuatu perkara itu. Tidak semestinya dengan memberikan hadiah itu cukup membuatkan diri dihargai. Sedarlah kita sesungguhnya semua itu adalah keseronokan dunia semata dengan tipu daya dunia yang fana ini.

Alangkah indahnya jika perasaan dihargai dan menghargai ini dapat seiring dan seimbang menuju redhaNya. Inilah tanda syukur kita kepadaNya. Dalam persahabatan, perasaan ini sering kali kita lihat dikalangan kawan2. Indahnya ciptaan Allah yang menjadikan kawan2 tanpa ada tanda harga yang mana ikatan persahabatan itu sebenarnya cukup berharga buat diri seseorg. Bertemu berpisah kerana Allah menjadi tunjang utama dalam perhubungan

Hargailah dengan apa yang ada pada kita dan belajarlah menghargai org lain , kerana manusia nie lebih senang menghargai dan dihargai pada hati2 yg pandai menghargainya. Berlapang dadalah kita dalam apa jua yg berlaku dan yg ditentukan buat kita. Pastinya ada hikmah disebaliknya, Allahua'lam

Jumaat, 19 Mac 2010

Salam Imtihan

Slm Peperiksaan buat shbt-shbt perjuanganku di bumi Jordan. Peperiksaan yang akan menyusul ini merupakan langkah pertama kita sebelum menjd graduan Universiti Yarmouk, Jordan dalam bidang Syariah, Ekonomi dan Parbankan Islam. Teruskan perjuangn hingga smpi ke grsn penamat namun tidak bermksd terhenti sampai di sini shj jihad ilmu kita tetapi prlu ditrskan kerana ilmu Allah itu sgt luas, bljrlah hgga ke hjg nyawa sekl pun kita tetap memperjuangkan ilmu Allah dlm mngkkan Syiar Islam.

Ujian Allah buat hambanya utk menguji dan mengukur sejauh mana keimanan dan ketaqwaan kita kepadaNya. Begitu juga dalam diri seorg pelajar yang perlu mengambil peperiksaan utk mengukur sejauh mn kefhmn dan kepandaian pljr itu sendr. Maka berusaha gigih dan bertawakkallah dlm mnmpuh ujian yang mendatang. Janganlah mensia-siakan waktu bljr ini dengan perkr yang tdk sepatutnya dan gunakanlah peluang yang ada sebaiknya.

Yakinlah pada diri yg kita mampu lakukan yg terbaik kerana kita adalah insan yang terpilih, maka sahutlah cbrn ini dengan bijaksana. Usaha dan trs berush utk mencapainya, dan jgn mudah menyerah kalah dlm perjuangan ini. Untuk akhirnya tawakkallah kepada Allah dengan perbykkan doa. Sesungguhnya perancangan Allah adalah terbaik buat kita. Kadang2 Allah lambat makbulkan doa kita kerana dia merancang sesuatu yg lbh baik dan Dia menginginkan hambanya trs berdoa dan rintihan dr hambanya yg seringkali alpa dan leka dengan dunia yang fana ini.

Untuk Akhirnya, Slmt berjuang wahai sahabat....



Selasa, 16 Mac 2010

Muhasabah Insani Koreksi Diri

“kita merancang Allah juga merancang, tetapi perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan”

Perancangan penting dalam diri seseorangan, dengan adanya perancangan hidup akan lebih bermakna dan bermatlamat. Ibarat bermain bola yang tiada tiang gol jika hidup tidak mempunyai tujuan dan matlamat Merancang sesuatu yang bermanfaat dan membawa kebaikan pada diri dan orang lain kerana sebaik-baik manusia adalah manusia yang dapat memberi manfaat kepada orang lain. Jadilah seorang yang banyak memberi daripada menerima.

Setiap insan sememangnya mempunyai fitrah yang suka pada kebaikan dan kesempurnan. Seseorang itu juga menginginkan yang terbaik utk dirinya, tetapi sedarlah kita bhw jangan sekadar mengimpikan yang terbaik shj sedangkan diri tidak cuba untuk menjadi yang terbaik. Bukan mudah utk mencapai kesempunaan bahkan tidak susah juga utk kita mempraktikkannya, ‘practise make perfect’.

Ingatlah kita bhwsanya, kita adalah pemimpin bg diri kita sendiri, dengan ini kita ada hak utk menentukan masa depan sendiri bagi mencapai redha Allah dan syurga yang abadi. Kita perlu berubah kearah kebaikan kerana Allah tidak akan mengubah nasib seseorg itu melainkan diri sendiri yang ingin berubah. Dalam meniti arus perdana ini, proses perubahan amatlah memerlukan mujahadah yang kuat dalam diri, tetapi janganlah mudah berputus asa kerana Allah sentiasa bersama orang-orang yang melakukan kebaikan. Usaha dan bertawakkallah kepada Ya –Rabb, sesungguhnya pergantungan kita hanya padaNya dan di sekeliling kita adalah wasilah utk mencapai redha Ilahi.

Ujian dan dugaan adalah asam garam dalam kehidupan. Jika kita diuji dengan sesuatu masalah dan musibah maka terima dan berlapang dadalah kita utk menghadapinya kerana semua yang berlaku ada hikmah disebaliknya dan Allah tidak akan membebani seseorang itu melainkan seseorang itu mampu. Kadang-kadang Allah hilangkan kita matahari, kemudian dia datangkan pula ribut dan petir, puas kita menangis mencari di mana matahari, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah. Semua itu adalah ujian Allah utk menguji keimanan dan ketaqwaan hambaNya. Seperti mana yang kita ketahui, iman manusia sentiasa berkurang dan bertambah. Turun naik itu adalah fitrah bagi seseorg insan, maka bersabarlah dalam menempuhinya.

Hari tidak akan selalunya cerah kerana akan ada juga hujan, begitu jugalah manusia. Segala perancangan dan impian tidak semuanya indah kerana Allah punya kuasa yang akan menentukannya tetapi tidak salah jika kita menginginkannya dan berusaha utk mendapatkannya. Manusia tidak pernah puas dan cukup dengan apa yang dimilikinya, maka teruskan ush utk mencapai kepuasan hakiki menuju madhotillah.



Ahad, 14 Februari 2010

Tahukah Anda Apa Yang Mencantikkan Wajah?

Al-Ahnaf bin Qais tergolong dari golongan ulamak-ulamak yang terkenal di zaman hidupnya. Pada suatu hari datang seorang pemuda dari suku Tai'yi berkunjung ke rumahnya. Rumah Al-Ahnaf memang sentiasa dikunjungi oleh orang ramai, terutama oleh anak-anak murid dan sahabat-sahabatnya. Mereka sekalian menziarahinya dengan tujuan untuk menuntut ilmu darinya.

Kedatangan pemuda dari suku Tai'yi itu sangat menarik perhatiannya. Ahnaf mendapati pemuda itu sangat tampan serta kacak. Lalu ia pun bertanya: "Wahai orang muda, adakah engkau menghiasi wajahmu dengan sesuatu?."

"Benar tuan, sungguh saya ada menghiasi wajah saya dengan sesuatu," ujarnya dengan sopan serta ringkas. Pemuda itu menyambung lagi: "Kalau saya bercakap saya tidak bohong. Kalau ada orang sedang bercakap saya dengar. Kalau saya berjanji saya tepati dan jika saya diberikan sesuatu amanah saya tidak khianat."

Mendengar jawapan yang bernas itu, maka berkatalah Ahnaf: "Benar seperti katamu wahai orang muda, sungguh engkau telah menghiasi dirimu dengan akhlak yang mulia."

Pengajaran dari kisah ini dapatlah di ambil iktibar agar akhlak yg baik dapat mencerminkan wajah yang cantik. Hiasilah dirimu dengan akhlak yang mulia kelak kita akan bahagia di dunia dan akhirat.Bi Iznillah