Selasa, 28 Jun 2011

~Kembali Berjihad Pena~

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dirafa'kan ke hadrat ilahi kerana masih lagi diberi peluang untuk meneruskan jihad penaku ini setelah sekian lama menyepi. Beginilah kehidupan manusia yang ada pasang surutnya. Walau bagaimana pun, memang tidak dapat dinafikan diri ini amat merindukan perkongsian bersama pembaca dan sahabat-sahabat semua. Semoga diriku ini sentiasa diberi kekuatan untuk meneruskan pejuangan-pejuangan yang mulia dan tidak terhenti di sini sahaja, InsyaAllah.

Pejam celik, sudah genap setahun aku pulang ke tanah air untuk berbakti kepada masyarakat dan Alhamdulillah kalau dulu aku seorang pelajar dan sekarang telah menjadi warga pendidik yang mana dalam masa yang sama aku mengajar dan belajar. Walaupun sekarang aku telah beralih arah ke bidang pendidikan namun aku terima dengan redha ketentuan ilahi. Sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik buat hambanya dan Allah Maha mengetahui kemampuan seseorang itu. Maka berlapanglah dada menerima takdir yang Allah tetapkan. Firman Allah S.W.T: ....Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu....( al-baqarah ayt 216)

Cabaran di alam kerjaya jauh lebih mencabar dari alam belajar dahulu. Sungguh aku sangat-sangat merindui masa belajar bersama sahabat2 seperjuangan yang boleh dianggap keluarga kerana susah senang diharungi bersama sejak di Malaysia hinggalah ke Jordan. Alhamdulillah kerana aku dikurniakan sahabat2 yang baik dan sanggup berkongsi suka duka bersama sehingga menggenggam segulung ijazah. Tanpa kalian, diri ini tidak mampu untuk bergerak seorang, namun kalian semualah yang banyak mendorong kejayaan sehingga ke hari ini. Terima kasih sahabat2ku yang dirindui selalu. Semoga ukhuwwah yang dibina berkekalan hingga ke syurga. Amieen....

Kini aku berada di bumi Sabah. Sekali lagi aku diberi taklifan merantau di tempat orang yang agak asing bagiku. Baru beberapa bulan balik ke Malaysia, diriku telah dipanggil untuk berbakti di bumi Sabah. Hakikatnya memang sedih kerana terpaksa berjauhan dengan keluarga buat kali ke-2 di seberang laut nun jauh di sana, "naik belon lagilah", namun aku sahut cabaran ini dengan hati yang terbuka. Firman Allah S.W.T: لا يكلف الله نفسا الا وسعها Ertinya: Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya.(al-baqarah:286).

Sampai di sini dahulu perkongsian kali ini, semoga panjang umur dan masih diberi kekuatan untuk meneruskannya di lain lapangan masa dapatlah bersua kembali, Biiznillah...