Jumaat, 27 April 2012

Suka Duka Praktikum

Alhamdulilah...Alhamdulillah...Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat ilahi, akhirnya sempurnalah tempoh Praktikum di SK Merpati Sandakan. Bermula dr penyeliaan guru pembimbing, pensyarah pembimbing dan akhirnya telah dicalonkan dan selamat direntas hari ini yang menutup tirai praktikumku ini. Sesi rentasan yang agak menarik bersama Ketua Jabatan HEP IPG Kampus Gaya iaitu En.Ibrahim bin Ismail. Sesi perbincangan dan soal jawab yang sangat-sangat bermanfaat buat diriku yang masih belajar dan terus belajar. Namun begitu aku merasakan kata-kata yang diberikan seperti seorang ayah kepada anaknya, syukran Ya Rabb kerana hadirkan kpdku seorg yg blh ku anggap ayah, sedikit sebanyak terubat rindu pada Abah nun jauh di Semenanjung.

Segala suka duka yang ku lalui bermula dari penyediaan Rancangan Pengajaraan Harian(RPH),Fail Portfolio Praktikum, Bahan Bantu Mengajar dan Persediaan Fizikal dan Mental akhirnya dapat ku tempuhi dengan jayanya. Ditambahnya lagi tugasan-tugasan di sekolah yang perlu dilaksanakan segala taklifan-taklifan yang ku kira menguji kesabaran fizikal dan Mental, namun dapat jua ku tempuhinya dengan tenang dan sabar, hanya Tuhan sahaja yang tahu. Jatuh bangunku, jerit perih,titisan airmata serta dugaan dan ujian dariMu ini cukup Mentarbiah diri ini yang sering kali alpa dan leka.

 Allah sebaik-baik tempat memohon dan mengadu, namun suka bagiku untuk berkongsi sesuatu yang ku kira dapat memberi manfaat buat semua. Sebaik-baik manusia adalah yang dapat memberi manfaat kepada orang lain.  Sepanjang Praktikum ini, banyak yang telah ku pelajari antaranya cara menjiwai kehendak dan keperluan murid-murid dengan penuh kesabaran, keikhlasan, kasih sayang, ketegasan dan bukan kekerasan, keprihatinan, kepekaan dan kebijaksanaan dalam mengurus dan menangani segala masalah yan timbul.

Hasil perbincangan dengan KJ akhirnya adalah beberapa benda baru yang aku pelajari antaranya:-

1. Bagaimana menguruskan masa P&P yang mana ada 2 aspek yang perlu dibahagikan iaitu Fokus Utama    (set induksi, langkah2 dan penutup)dan Fokus Sampingan (Aktiviti dan Pengayaan).

2. Aktiviti Pengayaan ada 2 jenis iaitu Progresif bagi murid yang A dan Vertical@Menegak bagi murid yang A++( genius)

3. Penilaian murid mestilah 30% kefahaman, 30% Penyelesaian, 30% Penghayatan, dan 10% Kreativiti dan Inovatif. Bagi murid pemulihan aras mereka hanya stage pertama dan kedua sahaja tak perlu sampai Penghayatan dan seterusnya.

4. Murid Pemulihan perlu ditekan perkara yang basic sahaja iaitu 3M dan objektif ujian perlulah sesuai dan mengikut arasnya sahaja tidak boleh melebihi kemampuan dan kebolehan murid. Jika perkara basic tercapai, itulah kejayaan bagi seorg guru.

5. Teruskan usaha dalam penyediaan portfolio sepanjang berkhidmat agar bukti dan rujukan kita buat masa hadapan. Siap bg idea utk buat MA tesis keberkesanan Portfolio j-qaf lagi tue, bolehlah siapa2 yang nak buat kajian yerr. Bila ada bukti, tiada siapa yang mampu mempertikaikannya lagi, betul x? fikir2kan.

Antara pesanan yang diberikan, jangan lupa solat tahajud, solat dhuha, doa pada Allah untuk Jodoh terbaik, Sentiasa Kreatif dan Inovatif  dalam melakukan sesuatu perkara demi kecemerlangan anak-anak didik.

Cukup sampai di sini sahaja perkongsian saya buat tatapan semua. Semoga dengan usaha yang secebis ini dapat membantu rakan-rakan dan memperolehi manfaat bersama, InsyaAllah.

Fuhhhhhhhhhhh

fuhh..fuhh.. bersawang sudah blogku ini, lama menyepi kini kembali. Dengan tiupan semangat baru, smg sentiasa diberi kekuatan untuk berjihad pena. Teruskan misi  
"MENULIS BUKAN UNTUK MEMBERI TAHU, TETAPI BERUSAHA MENCETUS MAHU, AGAR BERGERAK MENJADI MAMPU,BUKANLAH SEKADAR MENGUMPUL PENGETAHUAN, TETAPI KEUPAYAAN MEMBUKA JALAN... KEMBARA INSAN MENCARI TUHAN."