>>>Selamat Hari Guru<<<
“Kami bangga menjadi guru
“Kami bangga menjadi guru
Kerjaya
di hormati
Tidak
jemu menimba ilmu
Bakti
setulus hati dan budi”
Petikan
lirik lagu IPG Malaysia penyuntik semangat kepada warga pendidik untuk
berkhidmat kepada masyarakat, agama dan Negara, seringkali terngiang-ngiang di
telinga. Mulianya seorang guru yng
berjuang untuk mendidik, mengajar dan mentarbiah anak bangsa agar menjadi orang
yang berilmu pengetahuan dan berguna di masa hadapan. Sepertimana kata-kata
yang mengungkapkan “ Jika kita bercita-cita menjadi jutawan di dunia, guru bukanlah
jalannya kerana 74% jutawan di dunia ini adalah ahli perniagaan. Jika
bercita-cita menjadi seorang yang berkuasa, guru bukan medannya. Jika
bercita-cita menjadi jutawan di akhirat, jadilah seorang guru kerana jalannya
terbentang luas”. Jelaslah di sini yang
mana dari seorang guru biasa bakal melahirkan generasi yang luar biasa. Besarnya pengorbanan dan
jasa guru dalam profesion perguruan
untuk merealisasikan matlamat Negara.
Guru ibarat lilin,
membakar diri untuk menerangi orang lain. Inilah perbandingan yang kerap kita
dengar. Perbandingan ini menyarankan guru “memusnahkan” diri sendiri demi
kepentingan pihak lain. Tegasnya, Perbandingan ini menggambarkan kehebatan
“pengorbanan” seorang guru. Namun kini,“Guru ibarat bulan, menerima dan
memberi cahaya lebih tepat digunakan. Guru sejati mesti terus menimba ilmu dan
berterusan mencurahkan ilmu tanpa jemu”.
Sepertimana hakikat kejadian yang Maha Pencipta bulan purnama yang memang
bercahaya. Jadi, apabila kita memilih bulan purnama, cahaya sudah ada. Cahaya
itu dibalikkan daripada suria. Bulan menerima cahaya daripada suria, dan
memancarkan cahaya itu kepada bumi dan manusia sejagat.
Hanya orang yang tidak tahu menilai profesion
perguruan sahaja yang berkata kerja guru mudah, malahan kerja cikgu ni bukannya
mudah seperti yang di gembar gemburkan kerana jika kita berfikir kembali
sewaktu pertandingan bola, cikgu yang menjadi Referee. Sewaktu pelajar mahu
bertanding apa-apa acara, cikgu yang menjadi Jurulatih. Sewaktu aktiviti
Kemahiran Hidup, cikgu yang menjadi
Petani. Sewaktu kutip yuran sekolah, cikgu yang menjadi Akauntan. Sewaktu memberi RMT (rancangan
makanan tambahan), cikgu yang menjadi
Pelayan. Sewktu budak sakit, cikgu yang menjadi Doktor. Sewaktu aktiviti
ceramah, cikgu yang menjadi Motivator. Sewaktu hias kelas, cikgu ynag menjadi Pelukis
seni. Sewaktu persembahan hari guru,cikgu yang menjadi Komposer. Sewaktu membaiki
kerusi rosak, cikgu yang menjadi Tukang kayu. Sewaktu budak muntah atau buang
air di dlm kelas. Cikgu yang menjadi Tukang
cuci.. Sewaktu budak mencuri, cikgu yang menjadi Detektif. Sewaktu budak
membuat persembahan, cikgu yang menjadi Photographer. Sewaktu perkhemahan, cikgu yang menjadi Tentera.
Sewaktu hari kantin sekolah, cikgu yang menjadi Peniaga pasar malam. Sewaktu
hari Guru, cikgu yang menjadi Penyanyi.
Sewaktu gotong- royong sekola, cikgu
yang menjadi Tukang kebun. Sewaktu masuk waktu solat, cikgu yang menjadi
Tok imam. Sewaktu ibu bapa pelajar
yang ambil lambat, cikgu yang menjadi Baby
sitter. Sewaktu budak bergaduh, cikgu yang menjadi Hakim mahkamah. Sewaktu pelajar sakit kecemasan, cikgu yang menjadi Pemandu ambulans. Sewaktu
merentas desa. cikgu yang menjadi Polis
trafik. Sewaktu pelajar sedih, cikgu yang
menjadi pelawak. Secara tidak langsung guru banyak memainkan peranan di sekolah
dan bukan hanya sekadar masuk kelas dan mengajar sahaja.
Wajarlah
dikatakan profesion perguruan ini sangat mulia dari pelbagai sudut dan aspek
kehidupan. Sehubungan dengan itu, sambutan Hari Guru, penghargaan dan
penghormatan buat guru akan tetap dikenang hingga ke akhir hayat. Jasa dan pengorbanan yang dicurahkan amatlah
berharga untuk membentuk generasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Gurulah
segalanya yang bakal mencorak pelajar dan melenturnya ke arah kebenaran dan
kebaikn demi masa depn yng cerah dan sempurna.
@@@Selamat Hari Guru Kepada Semua@@@