Selasa, 16 Mac 2010

Muhasabah Insani Koreksi Diri

“kita merancang Allah juga merancang, tetapi perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan”

Perancangan penting dalam diri seseorangan, dengan adanya perancangan hidup akan lebih bermakna dan bermatlamat. Ibarat bermain bola yang tiada tiang gol jika hidup tidak mempunyai tujuan dan matlamat Merancang sesuatu yang bermanfaat dan membawa kebaikan pada diri dan orang lain kerana sebaik-baik manusia adalah manusia yang dapat memberi manfaat kepada orang lain. Jadilah seorang yang banyak memberi daripada menerima.

Setiap insan sememangnya mempunyai fitrah yang suka pada kebaikan dan kesempurnan. Seseorang itu juga menginginkan yang terbaik utk dirinya, tetapi sedarlah kita bhw jangan sekadar mengimpikan yang terbaik shj sedangkan diri tidak cuba untuk menjadi yang terbaik. Bukan mudah utk mencapai kesempunaan bahkan tidak susah juga utk kita mempraktikkannya, ‘practise make perfect’.

Ingatlah kita bhwsanya, kita adalah pemimpin bg diri kita sendiri, dengan ini kita ada hak utk menentukan masa depan sendiri bagi mencapai redha Allah dan syurga yang abadi. Kita perlu berubah kearah kebaikan kerana Allah tidak akan mengubah nasib seseorg itu melainkan diri sendiri yang ingin berubah. Dalam meniti arus perdana ini, proses perubahan amatlah memerlukan mujahadah yang kuat dalam diri, tetapi janganlah mudah berputus asa kerana Allah sentiasa bersama orang-orang yang melakukan kebaikan. Usaha dan bertawakkallah kepada Ya –Rabb, sesungguhnya pergantungan kita hanya padaNya dan di sekeliling kita adalah wasilah utk mencapai redha Ilahi.

Ujian dan dugaan adalah asam garam dalam kehidupan. Jika kita diuji dengan sesuatu masalah dan musibah maka terima dan berlapang dadalah kita utk menghadapinya kerana semua yang berlaku ada hikmah disebaliknya dan Allah tidak akan membebani seseorang itu melainkan seseorang itu mampu. Kadang-kadang Allah hilangkan kita matahari, kemudian dia datangkan pula ribut dan petir, puas kita menangis mencari di mana matahari, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah. Semua itu adalah ujian Allah utk menguji keimanan dan ketaqwaan hambaNya. Seperti mana yang kita ketahui, iman manusia sentiasa berkurang dan bertambah. Turun naik itu adalah fitrah bagi seseorg insan, maka bersabarlah dalam menempuhinya.

Hari tidak akan selalunya cerah kerana akan ada juga hujan, begitu jugalah manusia. Segala perancangan dan impian tidak semuanya indah kerana Allah punya kuasa yang akan menentukannya tetapi tidak salah jika kita menginginkannya dan berusaha utk mendapatkannya. Manusia tidak pernah puas dan cukup dengan apa yang dimilikinya, maka teruskan ush utk mencapai kepuasan hakiki menuju madhotillah.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan