Sabtu, 5 Mei 2012

Motivasi Minda

 

Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
"Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; 
"Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;  "Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".
(Al-Quran; Al-Ikhlaas : 1-4)

MOTIVASI DIRI

1.         Hari ini saya bertekad untuk bahagia. Ini akan saya buktikan melalui keikhlasan hati. "Sesungguhnya kebanyakan orang berbahagia bila mereka menghendaki kebahagiaan dalam fikirannya". Kebahagiaan berasal dari dalam diri manusia itu sendiri dan bukan dari luar.

2.         Hari ini saya mahu menyesuaikan diri dengan kenyataan yang ada dan tidak menuruti kemahuan saya sewenang-wenangnya. Saya akan menyesuaikan diri saya dengan keluarga saya, pekerjaan saya serta tanggungjawab yang diamanah kepada saya.

3.         Hari ini saya mahu memelihara badan saya sebaik-baiknya, saya akan merawatnya, menjaganya, mengembangkannya dan tidak mahu menyalahgunakan atau melalaikan diri saya dari Tuhan Yang Maha Esa sehingga badan saya menjadi 'Mesin' yang sempurna untuk membahagiakan hidup saya.

4.         Hari ini saya mahu memperkuatkan fikiran saya. Saya akan mempelajari sesuatu yang berguna. Saya tidak akan menjadi orang yang berjiwa lemah. Saya akan membaca sesuatu yang memerlukan usaha, fikiran dan tumpuan.

5.         Hari ini saya mahu melatih jiwa saya dengan tiga cara. Saya akan berbuat baik, tidak berperasangka buruk serta mencari kekurangan-kekurangan orang lain.

6.         Hari ini saya mahu bersikap wajar. Saya akan bertingkah-laku seperti yang sepatutnya. Saya akan bersiap secepat mungkin dan serapi-rapinya. Saya akan bertutur secara perlahan-lahan, berindak sopan dan bersikap rendah diri. Saya tidak akan mengkritik atau mencari kesalahan-kesalahan orang lain.

7.         Hari ini saya tidak mahu hidup untuk hari ini sahaja. Saya tidak akan mengatasi dan menyelesaikan semua masalah sekaligus. Hal-hal yang boleh saya selesaikan selama dua belas jam ini, akan saya selesaikan semuanya, sebab kalau saya terus biarkan, akibatnya sungguh mengerikan sekali.

8.         Hari ini saya mahu membuat rancangan. Setiap apa yang saya lakukan pada setiap waktu, saya catatkan di atas kertas. Saya tidak mungkin akan mengikut rancangan tersebut seperti yang telah tertulis , tapi hakikatnya saya memiliki rancangan tersebut. Dengan rancangan ini, dua perkara yang boleh saya hindari, yakni terburu dan tidak bertujuan.

9.         Hari ini dan seterusnya saya mahu meluangkan masa untuk lima waktu yang wajib, dan setengah jam untuk beristirehat, antara lain saya akan memikirkan tentang Tuhan iaitu Allah Yang Maha Esa berpandukan Al Quran dan Hadis, untuk mendapat gambaran yang lebih jelas mengenai makna hidup saya.

10.        Hari ini saya tidak mahu berasa takut, terutama tidak mahu takut untuk bahagia, untuk menikmati yang indah, untuk mencintai dan meyakini bahawa yang saya cintai itu juga akan mencintai saya.


Bila kita ingin mengembangkan sikap mental kita sehingga mendapatkan kedamaian dan kebahagiaan , gunakanlah petunjuk no. 1 ini iaitu:
Berfikir dan bertindaklah dengan rasa senang yakni bukan kerana paksaan, sebab dengan demikian anda akan berasa aman, damai, tenteram dan di restui Tuhan. Insyaallah.

                                                                                                           





Tiada ulasan:

Catat Ulasan