Selasa, 26 Julai 2011

~Ahlan Ya Ramadhan~

KELEBIHAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya
selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi
tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada
Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan
mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang artinya : Apabila
telah tiba Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup semua pintu neraka dan
diikat semua syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang artinya :siapa
yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan niscaya akan
diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn
Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang
Ramadhan yang artinya : Siapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan
keikhlasan diampunkan baginya dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim,
Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang artinya :
Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan
penebus apa antara keduanya, dan Jumat kepada Jumat yang sebelumnya merupakan
penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan
kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah,
meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka
aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik
dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah?
Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan
seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau
membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggalkan sunnah maka keluar
daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata:
Rassullah S.A.W telah bersabda yang artinya : Setiap amalan anak Adam baginya
melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah
perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang
menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia
dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang
mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa
lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang
berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila
berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia
gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah,
Ibn Habban dan Baihaqi-

PENERANGAN HADIS

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama
menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.
2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan
bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.
3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh
keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan
menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.
4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.
5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu
menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.
6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam
terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.
7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti
mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.
8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.
9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.
10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah
kelak.
11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah
meninggikan suara apabila bercakap.

maraji:
1. Kitab Fadhailul Awqat oleh imam Al-Baihaqi,ditahqiq oleh Adnan Abdul Rahman MajidAl-
Qaisi,Maktabah Al-Mnarah,Makkah.
2. Fathul Bari syarah sohih Bukhari oleh Ibn Hajar Al-'Asqalani
3. Syarah sohih Muslim oleh imam An-Nawawi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan