Ahad, 25 Oktober 2009

Perantau....

Perantau

Perantau musafir perjuangan
Tabahkanlah hatimu
Berjuang di rantau orang
Sedih dan pilu hanya engkau yang tahu

Ingatan Ayah dan Ibu
Janganlah menghiris hatinya
Kerinduan desa nan permai
Janganlah melemahkan semangat juangmu

Di waktu ujian badai terus melanda
Engkau tetap gigih berjuang
Membenarkan sabda junjungan
Terus memburu menuntut janji
Pastilah Islam gemilang lagi..
Tapi pejuang kembara perjuangan
Ujian yang bukan batu penghalang
Kerana itulah syarat dalam berjuang

Oh Pejuang di mana pun ada ketenangan
Di mana pun ada kebahagiaan
Bila insan kenal pada Tuhan
Kasih sayang dan pembelaannya
Bagi insan yang menyerahkan
Jiwa dan raga, ayah dan ibu
Kepada Allah…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan